Friday, July 10, 2009

Hari Pertama Di Tahun 6

213,Jalan Harmoni 6,
Taman Harmoni,Bentong
Pahang, Darul Makmur

5 Januari 2009

Ke hadapan sahabatku,Najihah yang kini berada di kediaman saudari semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Saudari,

Tujuan saya mengirim surat ini kepada saudari adalah untuk berkongsi pengalaman hari pertama persekolahan saya pada tahun 2009 ini.

Saudari,

Sebaik sahaja saya tiba di sekolah,Atirah, iaitu rakan sekelas saya terkejut kerana saya kelihatan memakai baju sekolah berwarna biru.Maklumlah,pada tahun lepas saya tidak dilantik sebagai pengawas perpustakaan.Selain Atirah,rakan-rakan sekelas saya yang lain juga berasa teruja ke atas diri saya.

Saudari,

Sewaktu perhimpunan rasmi sekolah,Cikgu Zabidi menjadi guru yang pertama sebagai guru bertugas.Beliau juga telah mengumumkan ada beberapa orang guru baru yang akan bertugas di sekolah saya.Untuk pengetahuan saudari, Husna,anak kepada Ustazah Jamila juga bersekolah di sini.

Tentu saudari ingin tahu siapakah yang mengajar saya pada Tahun 6 ini.Untuk pengetahuan saudari,Cikgu Zaidah ialah guru kelas saya juga mengajar kami dalam matapelajaran Matematik.Sains pula di ajar oleh Cikgu Rohani dan Puan Mazra sebagai guru Bahasa Malaysia.Matapelajaran yang paling saya gemari iaitu Bahasa Inggeris akan di bimbing oleh Puan Zalwah.Saya amat gembira kerana dapat di ajar oleh guru-guru yang baik hati.

Saudari,

Sampai di sini sahaja dapat saya menceritakan pengalaman saya di sekolah pada tahun baru.Jangan lupa membalas surat ini dengan pengalaman di sekolah saudari pula.Kirimkan salam saya kepada kedua ibu bapa saudari.


Sahabat saudari,

............................

No comments:

Post a Comment