Friday, July 10, 2009

Kebersihan Diri

Menurut kamus dewan edisi ketiga, mukasurat 135, kebersihan bermaksud keadaan bersih(tidak kotor), prihal bersih(air,udara),prihal bersih(hati)kesucian, kemurnian.

Kita mestilah menjaga kebersihan walau dimana kita berada agar negara kita akan sentiasa bersih. Jika negara bersih pelancong asing akan datang ke negara kita secara tidak lansung ekonomi negara kita juga akan bertambah. Hal ini terjadi apabila pelancong menukar wang mereka kepada wang negara kita.

Selain itu, Islam menuntut kita menjaga kebersihan kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman. Oleh itu, saya menyeru agar anda menjaga kebersihan diri anda.

Di samping itu, kita hendaklah menjaga kebersihan diri agar orang lain tidak membenci kepada kita. Kita mestilah menjaga kebersihan dari segi fizikal dengan cara memotong kuku, menyikat rambut, memakai baju yang diseterika dan menjaga kebersihan fizikal yang lain.

Selain menjaga kebersihan fizikal kita mestilah menjaga kebersihan mental juga.

Akhir sekali, amalkanlah sikap menjaga kebersihan diri. Semoga tip-tips yang saya berikan menjadi pedoman.......

No comments:

Post a Comment