Friday, July 10, 2009

Surat Kiriman Rasmi - Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu akan mengadakan pertandingan mendeklamasikan puisi peringkat sekolah. Sebagai setiausaha pe

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ara Rendang,
13220 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara.
___________________________________________________________

Guru besar,
Sekolah Kebangsaan Ara Rendang,
13220 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara. 16 MEI 2009.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN DEWAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan mengadakan pertandingan mendeklamasikan puisi 2009 pada hujung bulan hadapan. Sehubungan itu, saya selaku setiausaha persatuan memohon kebenaran pihak tuan untuk menggunakan dewan bagi tujuan tersebut.

3. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat mendeklamasi puisi dalam kalangan murid-murid sekolah ini. Selain itu, aktiviti bertujuan mencari peserta terbaik bagi mewakilisekolah ke pertandingan mendeklamasi puisi [peringkat daerah.

4. Sehubungan itu, di sini disertakan butiran pertandingan seperti berikut:

a) Tarikh : 29 Mei 2009
b) Hari : Sabtu
c) Masa : 8.30 pagi
d) Tempat : Dewan Terbuka Sekolah

Besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangan permohonan ini. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Kelvin

(OOI CHONG GHEE)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Ara Rendang.

No comments:

Post a Comment